Ekspres Hogwarts Hogwarts

Kereta api Ekspres Hogwarts, seperti yang dikihat dalam filem adaptasi buku pertama.

Ekspres Hogwarts (Bahasa Inggeris: Hogwarts Express) ialah kereta api ajaib yang mengangkut para pelajar antara kota London dan Hogsmeade. Kereta api bermula dari Platform 9¾ stesen kereta api King's Cross. Para pengawas sekolah menumpang dalam gerabak berasingan di kawasan hadapan kereta api. Dalam novel Batu Hikmat, Harry bertemu dua kawan karibnya, Ron dan Hermione, dalam kali pertama dia menaiki Ekspres Hogwarts. Sepanjang siri novel, Harry telah menaiki kereta api ini sebanyak 10 kali: dua kali dalam jilid pertama, ketiga, keempat, dan kelima, san sekali dalam buku keduadan keenam. Selepas setiap dari enam tahun pertamanya, Harry bertemu dengan ibu bapa saudaranya selepas turun; meski benci pada anak saudara sendiri, namun mereka tetap tidak lupa untuk menjemputnya.

Kereta enjin wap yang digunakan dalam adaptasi filem ialah GWR 4900 Class 5972 Olton Hall, tetapi bukan lokomotif sebenar pertama yang disamarkan menjadi Ekspres Hogwarts. Sebagai langkah mempromosi buku-bukunya, lokomotif Southern Railway Taw Valley dicat semula dan dinamakan semula buat sementara, tetapi ditolak oleh Chris Columbus gara-gara kelihatan ‘terlalu moden’ bagi filemnya. Lokasi pernggambaran untuk babak-babak Ekspres Hogwarts termasuk Goathland di North Yorkshire Moors Railway, stesen kereta api King's Cross dan laluan Ekspres Jacobite yang mengikut laluan West Highland ke Mallaig di Scotland, merentasi Vidauk Glenfinnan.[2]